Penulis, pendakwah, penceramah motivasi, dan fasilitator profesional, dalam bidang pembangunan diri/organisasi, usrah berkesan, kepimpinan berpengaruh, dakwah berhikmah, dan pembinaan pasukan
Khamis, 14 April 2011
53-Praktikal Memberi Selepas Usrah...
Pada satu malam, di sebuah restoran, aku bersama-sama rakan mengadakan usrah...
“Esok pagi ada kuliah subuh ke?” Tanya seorang rakan usrah.
“Ada..tapi tajuknya belum ada” jawabku.
“Apa kata, kamu bincang pasal politik?” celah seorang rakan usrah.
“Ataupun bincang pasal isu semasa?” seorang lagi ‘enterframe’.
....
Itulah topik usrah kami pada kali itu. Membincangkan apakah tajuk kuliah subuhku keesokkan paginya. Inilah prinsip yang kami pegang. Usrah bukan hanya majlis ilmu semata-mata. Berjumpa dan berbincang juga adalah sebahagian daripada aktiviti usrah.
Sambil berbincang tangangku bergerak membelek majalah Solusi...
Tajuknya adalah Memberi. Menarik!
Banyak pengajaran yang dapat kukutip dalam bacaan tersebut. Sebenarnya memberi tidak memerlukan duit semata. Tanpa duit anda masih boleh memberi.
Maka berilah idea, ataupun berilah tenaga. Boleh juga memberi sokongan dan dorongan kepada orang lain. Ataupun berilah salam, memberi senyuman dan paling penting memberi doa...
“Makcik berapa harga semua makanan ini?” soalku pada makcik restoran itu.
“RM 11.50 sahaja” jawab makcik tersebut.
“Ini duitnya makcik” aku menyerahkan duit.
Dengan sengaja aku meletakkan majalah Solusi di sisi kiri kaunter sementara badanku terus berpaling ke kanan. Strategi untuk meninggalkan buku itu sebagai hadiah.
Memberilah katakan...
Selepas membayar, aku terus meninggalkan buku itu dengan selamba.
Mudah-mudahan rezekiku bertambah.
Sebenarnya pemilik restoran itu sering mengadu kepadaku menghadapi masalah kewangan. Duitnya sentiasa tak cukup. Walaupun bekerja siang dan malam, pendapatannya masih tidak mencukupi.
Bersabarlah. Bacalah buku tersebut. Bila mendapat rezeki, banyakkanlah memberi...akan dipercukupkan Allah..Doaku padanya...
Dan itulah yang aku ceritakan pada kuliah subuh pagi esoknya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan