Khamis, 24 September 2009

Syaitan telah keluar ISA


Kini cukup lima hari syaitan telah keluar dari kem tahanan tanpa bicara ISA.Masyarakat kita semua gembira menyambut kepulangan sahabat karib setelah sebulan tidak bersama.

Ada yang sibuk menyanyi,menari sebagai melahirkan rasa gembira kepulangan jembalang-jembalang yang akan terus membawa diri kita lebih dekat dengan api neraka.

Walaubagaimanapun,ISA Malaysia nampaknya lebih kejam dari ISA Allah SWT.Bagaimana kerajaan BN sanggup menahan rakyatnya lebih dari tujuh tahun.Syaitan pun kena tahan sebulan sahaja.

1 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Biso hujjah tu mad. Poning setan2 tu..........