Hari ini kita boleh berbangga. Usrah adalah satu nama yang sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia. Artis pun ikut usrah juga. Usrah Fitrah namanya. Saya juga kalau boleh mahu mengikuti, dan melihat sendiri bagaimana mereka menjalankan usrah.
Baiklah saudara yang dikasihi sekalian, dalam menjalankan aktiviti usrah yang menarik, terdapat satu prinsip penting yang harus dipegang oleh semua naqib. Prinsip ini saya sentiasa kongsi bersama peserta kursus Usrah Profesional yang kami anjurkan. Maklumat kursus boleh dapatkan di sini.
Prinsip Usrah : Usrah Bukan Majlis Ilmu Semata-mata.
Ini yang biasa saya tekankan pada naqib-naqibah. Dalam usrah kita boleh melakukan apa sahaja! Sebab itu usrah bukan majlis ilmu semata-mata, namun harus dipastikan majlis tersebut mesti menambah ilmu ahli usrah. Mengapa? Sebab ilmulah yang mendorong perubahan manusia.
Oleh itu, apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama ahli usrah?
- Majlis makan
- Sambutan hari lahir
- Beriadhah Petang
- Bermain futsal
- Berkayak
- Berbasikal
- Puasa bersama-sama
- Memanah
- Mendaki gunung
- Menonton Wayang
- Menunggang Kuda
- Melancong
- Window Shopping
- Barbeque
- Berniaga bersama-sama
- Menghantar artikel ke majalah Solusi, Gen-Q, Anis, Q & A, dan sebagainya
- Membina laman web sendiri
- Progam motivasi amal di sekolah-sekolah
- Gotong royong masjid
- Berzanji
- Karaoke
- Berenang
- Melawat rumah kebajikan, anak yatim
- Liga Futsal antara kumpulan usrah
- Dan banyak lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan