Ahad, 21 Mac 2010

Boleh Arab ke?Boleh Harap ke?


“Kenapa belajar di timur tengah?Balik jangan hanya boleh cakap Arab je,tapi mesti boleh harap”

Tersentap juga bila mendengar nasihat-nasihat panas macam itu.Apa maksud boleh arab?Apa maksud boleh harap?

“Orang yang belajar kat negara Arab ni ramai yang tak boleh harap.Pakai biasiswa kerajaan tapi lawan kerajaan.”kata satu kelompok.

Yelah,berapa ramai pelajar di timur tengah.Majoriti tidak sokong kerajaan.Pak Menteri datang melawat,ramai pelajar akan menghadiri program.Tapi bukan untuk dapat input kerajaan pun.Datang untuk makan sahaja.

“Orang yang belajar kat negara Arab bukan boleh harap.Belajar tinggi-tinggi,kemudian sokong kerajaan.Memang tak boleh harap.”kata satu lagi kelompok.

Kalau sudah tau kerajaan ini zalim,kenapa masih membiarkan kezaliman terus berleluasa?Kenapa masih membiarkan rakyat terus tertekan?Kalau ustaz dan ustazah tidak mahu sokong Islam,siapa lagi akan sokong Islam?

"Tak pelah,biarlah kita tunggu Ah Chong dan Mutusamy yang sokong Islam..."

Ada pulak belajar di negara Arab,tapi balik hanya lepas beban sendiri sahaja.Asalkan ada kereta,rumah,keluarga,ada kerjaya yang tetap.

”Ok la tu,hang nak apa lagi?”kata mereka.

Aduhai..boleh arab ke boleh harap?

Kita semua macam mana?(Untuk yang belajar timur tengah sahaja dan mereka yang belajar berasaskan bahasa Arab)

Janganlah jadi “Tak boleh Arab dan lansung tak boleh harap”

Bukankah kita ini lahir untuk hebat?Maka boleh Arab,boleh harap.

Tapi “Apa dia boleh harap tu?”

2 ulasan:

mmm berkata...

jangan sesuka hati melabel tak boleh diharap.susah nak mengajar masjid bukan sebab takde ilmu.tapi sebab politik masjid.kalau masjid umno/bn,cakap nada menyokong pembangkang akan kene ban.kalau masjid pas,menyokong yang baik dari kerajaan akan kene ban jugak.sedangkan kita adalah generasi yang tidak menerima politik sebagai platform untuk menyampaikan dakwah,sebab politik ni bukan ikut agama,tapi ikut kepartian.then masalah wahabi,suka sangat melabel orang2 muda wahabi.lagi2 kat n.sembilan.kalau tak setuju sikit jadi wahabi,mcmlah die seorang je ahli sunnah.so jangan salahkan orang2 muda yg belajar jauh dan banyak mengambil idea qardhawi

Tanpa Nama berkata...

kenapa hendak meninggalkan politik sebagai jalan dakwah?maknanya islam tak syumul lah?meninggalkan politik?